Khasiat Memakan Taugeh

Khasiat Memakan Taugeh

Cx gerenti ada segelintir daripada pembaca blog cx tidak suka makan taugeh. Betul tak? Mungkin korang ada sebab tertentu.  Cx pon ada sahaja keluarga yang tidak suka makan taugeh. Tetapi korang tahu tidak bahawa taugeh ada banyak khasiat tersendiri? 

khasiat taugeh
Khasiat Taugeh

6 Khasiat Memakan Taugeh

Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita

Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Lebih Subur

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

Kurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

Buang Kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

Lebih Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Taugeh Menjadi Pilihan Cx

Cx memang sangat suka makan taugeh ya.  Lagi-lagi bila dapat makan dengan mi goreng panas kan? Selain itu, kegemaran cx adalah lauk taugeh tumis dengan tauhu.  Bukan main sedap lagi bila dapat makan . Puas! 

Post a Comment

2 Comments

Ayue Rejaluddin said…
AJ suka taugeh....
Sedap...
CXopportunities said…
sdp kan. cx suke buat ulam. berderap bile mkn. nyum