اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
selamat pagi kawan-kawan :) hari ini merupakan hari kedua terakhir cx praktikal. :) *takde motif bagitahu. okaylah, hari ni nak berkongsi tentang hukum lelaki memakai suasa. kebiasaannya cincin suasa. ramai kaum Adam yang masih tidak tahu tentang hal ini. untuk pengetahuan semua, HARAM bagi seorang lelaki memakai suasa. :) sila rujuk soal jawab dibawah.
SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum orang lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan daripada ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."
Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
saling beringatlah sesama kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"
1 Comments