Design Sabun Unik
Tadi cx jalan-jalan ataupun blogwalking, tiba-tiba terjumpa satu benda yang agak lucu. heehe. pelik-pelik sahaja dunia sekarang ni kan. Korang percaya tak benda kat bawah ni adalah sabun?
Design Sabun Unik |
Sabun Gigi Palsu
Sabun berbentuk gigi palsu. Korang nak? Jangan ada yang tersilap sangka menyatakan ini giginya sudahlah kan? Tapi agak ngeri jugalah kalau nak bawa kemana-mana sabun gigi ini. Ada yang orang sekeliling dok pantang pelik saja.
Design Sabun Unik |
Sabun Tetikus Komputer
Okay, cx suka design sabun yang satu ini. Sangat comel! Kalau dapat dekat cx, memang jadi koleksi semata-matalah. Sayang pula rasa nak pakai kalau dah comel macam ni. Betul tak?
Design Sabun Unik |
Sabun Bunga Ros Cincin
Ya Allah kenapa comel sangat? Comel betul design sabun bunga ros. Cx dahlah suka bunga ros, memang sahlah cx jadikan koleksi. Jangan harap nak guna pakai. Comel teruk oi!
Design Sabun Unik |
Sabun Oreo
Design sabun oreo ini agak merbahaya ya kawan-kawan. Kalau dapat dekat anak cx, ada yang dia ingatkan oreo betul. Jadinya dia makan, memang satu kejaan pula nak kena bawa ke hospital.
Koleksi Pelik Tetapi Menarik
Pada cx sendiri, cx pon suka dengan koleksi pelik tetapi menarik macam bentuk-bentuk sabun di atas. Cx suka yang comel-comel dan buat koleksi peribadi. Biar pelik tapi jangan memelik sudahlah. Seram pula nanti kan?
3 Comments
mmg pelik sabun mcm nie .
kalau sabun gigi palsu tu , rasa mcm takut je nak guna . .