Kelebihan Ketawa

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

Kelebihan Ketawa

hye semua!! pewittt :) apa khabar? cx rajin plak kan update blog hari ni? kih3. actually AUTOPUBLISH jerk entry hari ni. secara tiba-tiba rajin untuk update . so, apa yang nak dikongsi hari ini adalah kelebihan ketawa. semua cx dapat daripada sharing seseorang. makanya, rujuk sumber jika korunk nak tahu ya :) terima kasih. 


Mengurangkan stress

Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.

Memperbaiki aliran dan tekanan darah

Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Merupakan senaman

Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Meningkatkan ketahanan tubuh

Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan kesakitan

Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

PESAN MAK TEMAH:
jangan nak ketawa lebih-lebih ya. nanti menangis dikemudian hari :)


bergembiralah dibumi Allah ini
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

4 Comments

Ku Azhar said…
tp jgn gelak sorg2 kuat2 tau..t org tngkap bw p hospital :)
Zulfahmi said…
Sebab tu orang yang selalu happy ramai yang panjang umur~

:-P

Banyak sangat stress boleh sakit jantung and darah tinggi
senaman? heeee penat pipi and perut ade la. hehehe
Anonymous said…
suka ayat last xley ketawa sgt nanti menangis kemudian hari