Assalammualaikum w.b.t
sharing number 30
aku sedar aku bukan terbaik buatmu.
aku juga sedar bahawa aku tidak pernah menghargai dirimu
aku acapkali mengadu akan segala hal yang berkaitan dirimu yang kurang dimataku
tidak kunafikan itu yang aku lakukan selama ini
namun hari ini, segalanya telah merubah keseluruhan hidupku
hatiku luluh berkecai dan tidak mampu untuk ku cantum kembali
aku sedar itu salahku, namun aku tidak mampu mengundurkannya kembali
andai kau tahu betapa tingginya aku letakkan cintaku terhadapmu dalam hidupku
segala yang kau ungkapkan adalah benar segalanya
tiada sedikit pun tertinggal agar pesan itu sampai kepadaku
dan aku tak mampu membendung rasa itu tatkala kau ungkapkannya
umpama seorang isteri yang dijatuhkan talak oleh suaminya
dapat ku rasakan duniaku bergegar dan berkecai
sungguh aku tak mampu melawan semua ini
sungguh aku lemah tanpamu disisi
sungguhpun aku acapkali menyalahkan dirimu
sunggguh aku buntu, sungguh aku kesal
namun segalanya tidak lagi berguna
aku tak mampu berkata apa-apa kerna itu semuanya salahku
maafkanlah aku kerna aku masih mencintai dirimu sepenuh jiwaku.
Nukilan : Rahsia Hati
Oleh : CX
Aku mencintaimu lebih daripada nyawaku
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"
4 Comments
nice entry by the way~~
jadi sayu saya membaca entri ni..