Assalammualaikum w.b.t
Sharing number 15
Selamat pagi kawan-kawan. Korunk pernah dengar kan pasal orang dok uar-uarkan tentang Kelebihan Solat Teraweh? Kelebihan daripada malam pertama Ramadhan sehingga malam terkahir Ramadhan .. Contohnya :
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
okay, before this aye pon ada baca kisah ni dan aye pon teruja dan merasakan perlu dan wajib bagi aye untuk sebar sesuatu ilmu ataupun pesan Nabi s.a.w / Sahabat / Para alim ulama.. Yelah kan, siapalah kita yang cetek ilmu agama ni untuk menidakkan setiap perkongsian itu kan? Aye pon share dekat fB. Masa tu merupakan Malam Kelima Taraweh. Beberapa minit kemudian, Sahabat Blogger aye iaitu Saiazuan menyatakan pendapat beliau bahawa 'perkara ini ada yang menyatakan ianya tidak benar' ..
So, aye was-was samada percaya atau tidak. Tetapi aye ambil jalan tengah dan Islam juga menggalakkannya iaitu, jika kita was-was, haruslah kita tidak perlu meneruskannya. So, aye pon DELETE. Di sini aye ingin ucapkan Terima Kasih pada Saiazuan sebab telah menyelamatkan aye daripada menyebarkan BIDA'AH. Tq!
Aye nak kongsi bahawa Kelebihan atau Hadis yang disebut-sebut ini adalah tidak benar dan palsu sama sekali. Perkara ini telah pun disahkan oleh Mufti Negeri Terengganu dan korunk boleh baca dekat Portal JAKIM .. Pastikan korunk baca sehingga habis.
Link tersebut telah dikirim oleh GreaTeacher Suriyati di Group fB Dr. Danial Zainal Abidin .. Ikuti soal jawab tersebut seperti gambar di bawah. *Untuk pengetahun korunk, group ini open kepada Masyarakat untuk soal jawab secara terbuka. Makanya aye tidak ubah atau hide sebarang maklumat disitu.
ceclick to grow it up |
Jadi, pada rakan-rakan, tolong sebar-sebarkan agar sama-sama kita menjauhi Bida'ah :) eh sat, korunk tahu tak apa itu Bida'ah? Kalau dah tahu, baguslah.. Kalau tak tahu, Bid’ah dalam syari’ah adalah apa yang diada-adakan yang tidak ada perintah Rasulullah s.a.w . Okay kawan-kawan, Terima Kasih sudi baca :)
Beware of BIDA'AH
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"
11 Comments
sangat suka entri ni..moga kita semua menjauhi bid'aah ini..
@Sekamar Rindu wslm. tq SR! :) ilmu yg kite peroleh, harus dikongsi :)
@iMBobo
Alhamdulillah kita da tahu kbnrnnya :) Mari sama2 sebarkan
@LinE PuTih LiNe HiTaM terima kasih sudi komen