Berubah Hati
Hi! Bila manusia mula berubah hati, semestinya pasti ada pihak yang akan tersakiti dan menyakiti. Itulah lumrah kita sebagai manusia biasa. Tidak lari daripada melakukan perkara yang boleh membuatkan seseorang terasa hati dan kecewa seumur hidupnya. Bukan mudah hendak menerima keadaan yang agak sakit untuk diterima.
Petanda Si Dia Berpaling Arah |
Petanda Si Dia Berpaling Arah
- Mendiamkan Diri
Mendiamkan diri adalah petanda awal si dia berubah hati. Tidak lagi mencari kita sebagai pasangannya yang dulu menjadi tempat mengadu dan bermanja. Diam seribu bahasa yang kita pon tidak tahu mengapa dan kenapa sedemikian rupa.
- Menyibukkan Diri
Ini juga kebiasaan, apabila dah mula berubah hati, macam-macam alasan yang dicarinya agar dapat melepaskan diri daripada insan yang dulu dikasihi. Sengaja menyibukkan diri yang tidak berapa nak sibuk. Orang lain pon bekerja juga tetapi tidaklah sampai lupa dengan insan yang kita sayang.
- Tidak Langsung Berhubung
Biasalah keadaan ini ya, tidak langsung berhubung. Diam seribu bahasa dan apabila kita mula menghubunginya, tidak langsung diendahkan. Apabila kita berusaha untuk telefon, dimatikannya pula. Memang sengaja mencari alasan dengan tidak langsung berhubung dengan kita. Lepaskan diri begitu sahaja. Boleh dikatakan penakut juga orang sedemikian. Tak gentle!
- Tidak Lagi Kongsi Cerita
Segala perkara berkaitan dirinya tidak lagi dikongsi dengan kita. Cuti atau bekerja pon kita tidak mendapat berita. Macam orang jauh yang dah mati , sedikit khabar pon tidak sampai. Tahu-tahu saja sudah mati. Begitulah umpamanya ya.
Petanda Si Dia Berpaling Arah |
- Isi Masa Dengan Perkara Lain
Banyak habiskan masa dengan perkara lain contohnya keluar dengan kawan-kawan. Mentang-mentang dah tak hendak dengan kita, dibiar sahaja kita sebatang kara. Kalau nak keluar, pergilah tidak kita halang tetapi dia tak pernah kisah pon untuk bagitahu kita.
- Tidak Minta Maaf
Apabila hati dah tak sudi, buatlah bermacam alasan dan perangai, tidaknya dia mahu minta maaf. Mungkin dia rasa apa yang dilakukan itu tidak menyalahi keadaan antara mereka. Yelah, orang yang menyakiti hati orang lain memang tidak pernah nak rasa dan faham erti dikhianati. Setuju tak?
Pilih Jalan Baru Dan Terus Maju
Bila dah jadi macam ini, kita tak perlulah nak menunggu lagi. Itu memang tanda-tanda si dia berpaling arah. Sikit hal kita pon dia dah tak kisah. Tapi cuma satu sahaja yang cx boleh katakan adalah, mereka tidak gentle apabila berkelakuan seperti ini. Pengecut! Itu saja. kbai.
15 Comments
tpi btl ker
:(
** tergelak2 bila baca ayat "apa yang kau merapu ni shaiton?? heheheh
camnoo..!!