Assalammualaikum w.b.t
sharing number 63
hye peeps! camna hari ni? sihat? aye hari ni sibuk mengemas rumah. nak sambut Ramadhan :) so hari ini aye nak share something sempena nak menyambut bulan mulia ni kan :) orite, tadi aye jalan-jalan dekat fB .. then terbaca satu post ni oleh wannursyuhada di ruang legar satu group yang kami ditemukan. *cewah. macam jejak kasih.
syuhada ni juga seorang blogger, jadi sebagai penghargaan terima kasih sebab bagi share dekat blog ni.. aye nak state la blog beliau di sini .. so, jom terjah Pepel is Vyolewd :) apa yang menarik perhatian aye adalah berkenaan post beliau tentang 'Apabila RM50 bertemu RM1'.. nak tahu apa cerita? mari sama-sama baca dan renungkan :)
Pada suatu hari, RM1 terserempak dengan RM50.
Mereka ni dah lama tak jumpa.
Lalu kedua-dua berbual-bual.
"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?", tanya RM1
RM50 menjawab,
" Aku pergi merata- rata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, pegi KK naik AirAsia, lepak One B, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam bgtulah. Eh, ko camna plak?."
RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama............'SURAU...., MASJID......., SURAU........."
jadi kawan-kawan, mari kita sama-sama renungkan dan selamat beramal sempena bulan Ramadhan yang mulia ini bakal tiba .. :)
dunia hanya pinjaman Allah yang sementara
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"
4 Comments
MOHD NASER.com