Mudahnya Mendapat Ganjaran Pahala

Mudahnya Dapat Ganjaran Pahala

Bagi mendapatkan pahala, sebenarnya tidak susah dan sukar.  Banyak cara dan pelbagai perkara kita boleh lakukan untuk mendapatkan ganjaran pahala.  Kita senyum kepada orang lain juga sudah mendapatkan pahala.  Kita niat nak buat baik pon sudah mendapat pahala. Mudah InshaAllah. 

Tetapi kali ini cx nak kongsikan cara mudah lain untuk mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.  Cara mudah yang cx maksudkan adalah contohnya ketika masuk tandas. Nampak simple kan? Tetapi dalam setiap langkah ketika masuk tandas yang kita buat akan mendapat ganjaran pahala. InshaAllah. 

Langkah-langkah Mendapat Ganjaran Pahala 

1. Membaca Bismillah

Berdasar hadith Anas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: " Adalah Nabi SAW apabila hendak masuk tandas baginda membaca : Bismilah,Allahuma a'udzu bika minal khubutsi walkhabaa'itsi ( atau dengan menyebut nama Allah, ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari godaan syaitaan lelaki dan syaitan perempuan."

ganjaran pahala
Mudahnya Mendapat Ganjaran Pahala

2. Baca Doa Sebelum Masuk Tandas

Maksudnya: "Nabi Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina"

3. Tutup kepala dengan kain

4. Langkah masuk tandas dengan kaki yang betul iaitu kaki kiri

5. Menyangkung / duduk membelakangkan Qiblat

Berdasarkan Abu Hurairah.
Ertinya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Jika seseorang diantara kamu untuk buang hajat, maka janganlah ia menghadap qiblat atau membelakanginya." Riwayat Ahmad dan Muslim.

6. Tidak Bercakap

Berdasarkan Abu Sa'id dan Jabir, bahawa Rasullah SAW bersabda:

Ertinya : " Jika dua orang buang air besar, maka hendaklah yang satu menutup diri dari yang lain dan jangan bercakap cakap kerana Allah murka atas (perbuatan) itu". Hadith Riwayat Ahmad

Ganjaran Pahala
Mudahnya Mendapat Ganjaran Pahala

7. Bersuci Daripada Hadas Menggunakan Tangan Kiri

Hadith Abu Qatadah, ia berkata:
Ertinya: " Rasulullah s.a.w bersabda : Seseorang diantara kamu sewaktu kencing sekali tidak boleh memegang kemaluannya dengan tangan kanannya dan tidak boleh membersihkan air besarnya dengan tangan kanannya serta tidak boleh bernafas didalam tempat minumnya". Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

8. Membaca Doa Istinjak/Bersuci




Maksudnya :
Ya Allah! Sucikanlah hatiku dari munafik dan peliharalah kehormatanku dari segala kekejian.

9. Berdehem Ketika Beristinjak Bagi Lelaki Mengikut Sunnah Nabi s.a.w

10. Membasuh Tangan Selepas Beristinjak Menggunakan Sabun Agar Hilang Bau dan Kotoran 

Berdasarkan hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasa'i:
Ertinya ; " Adalah Nabi SAW, biasanya bila pergi ketandas, saya yang membawakan air dalam bekas yang dibuat dari tembaga atau tanah liat. Lalu baginda menyapukan tangannya ketanah."

11. Membaca Doa Keluar Tandas



Maksudnya :
Aku berharap mendapat keampunanMu Ya Allah. Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku.

12. Keluar Dengan Kaki yang Betul iaitu menggunakan kaki kanan

13. Ucaplah Alhamdulillah Tanda Syukur Kepada Allah

Ganjaran Pahala
Mudahnya Mendapat Ganjaran Pahala

Amalan Baik Adalah Pahala

Alhamdulillah. Sebenarnya segala amalan baik yang kita niat nak buat dan apabila kita buat, lagi berganda pahala kita dapat. InshaAllah mudah untuk kita kumpul pahala.  Ya cx faham kita manusia biasa tidak terlepas daripada kealpaan dalam melakukan ibadah yang mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Tapi tidak mengapa, kita usaha sehabis baik.  Sekecil-kecil perbuatan baik pasti ada ganjarannya yang diberikan Allah. InshaAllah. 

Post a Comment

0 Comments