Memasak Atau Tidak Tahu Memasak?
Kebiasaannya mesti kita nak cari pasangan yang tahu memasak. Betul tak? Jika tidak pandai pon, sekurang-kurangnya tahu memasak dan rajin mencuba. Jika kita selalu ke dapur, mesti kita sudah biasa untuk memasak waima lauk pauk ringkas sahaja. Tetapi jika tidak tahu memasak pon bukan satu dosa. Zaman sekarang semua benda kita boleh belajar. Internet di hujung jari sahaja.
Cara Kenal Pasti Si Dia Tahu Memasak Atau Tidak |
Ciri-Ciri Si Dia Tahu Memasak Atau Tidak
- Lihat Keadaan Kukunya
Benda ini cx rujuk kepada satu keadaan waktu dulu. Cx ada terjumpa dengan satu makcik ini dan dia ada cakap macam ini ; "aku tengok kuku anak dara sekarang ini, aku dah boleh tahu dia boleh memasak atau tidak" . Agaknya waktu itu, makcik tersebut cuba perli cx agaknya. Yelah, cx mana tahu memasak sangat.
Makcik tu ada cakap dekat cx, kalau kita tengok kuku dia licin berkilat sahaja, bersinar bagai, memang sah si dia tak tahu memasak. Barangkali masuk ke dapur pon tidak pernah. Demikianlah yang makcik itu cerita dengan cx. Cx iyakan saja.
Cara Kenal Pasti Si Dia Tahu Memasak Atau Tidak |
- Cara Mengupas Buah-Buahan
Cara mengupas buah-buahan ini lebih kurang macam kalau kita tengok orang itu kupas buah, lihat hasil kulit buah tersebut. Adakah tebal yang dihirisnya? Jika ya, maknanya dia jarang ke dapur, tak biasa pegang pisau dengan betul untuk memasak. Lebih kurang begitulah.
- Cuba Berborak Tentang Masakan
Cara Kenal Pasti Si Dia Tahu Memasak Atau Tidak |
Ini kebiasaanya kalau kita berborak tentang masakan, si dia akan diam seribu bahasa atau hanya senyum dan angguk sahaja. Mana tidaknya, kita cerita tentang rempah ratus dekat dapur pon dia tidak kenal. Apatah lagi nak suruh kenal jenis sayur pula. Ikan pon barangkali tidak tahu apa nama dan jenisnya. Apa yang lebih mereka tahu adalah makan sahaja sebab dekat rumah dah ada orang tolong masakkan.
- Suruh Si Dia Memasak
Ini paling mudah, senang dan paling cepat untuk tahu si dia tahu memasak atau tidak. Korang ajak sahaja datang ke rumah dan suruh masak sekali dengan emak atau kakak di rumah. Dari situ kita tahu dia tahu memasak atau tidak. Kalau dah biasa masuk ke dapur, dia tidak akan kekok untuk tolong semua perkara berkaitan masak di dapur.
Cara Kenal Pasti Si Dia Tahu Memasak Atau Tidak |
Memasak Boleh Belajar
Tetapi pada pendapat cx sendiri, memasak ini kita boleh belajar jika tidak tahu. Jadi, bukan alasan pon menolak cinta si dia gara-gara tidak tahu memasak. Pada cx, semua boleh belajar, tinggal rajin dengan tidak sahaja. Jika tidak rajin, itu payah sedikitlah. Apa yang lagi penting, anak lelaki mesti tahu jadi imam. Itu lagi penting.
8 Comments
memasak tak memerlukan skil yg lebih..janji dlm masakan ade bahan cukup rase gan bahan2 yg sihat dan kretifvt sendiri,that cool:)..tadaa..jadi lah masakan yg sihat
makcik2 tuh pon dah otai br tau masak nih masak tuh..nasib baik ade telebisen leh gak copy..huhu..
yg penting cube dlu baru tauu..slmat mencubaaa..utk kelazatan sendiri..yamm2
::aku bru pasan ko ada post nie..haha::
aku xtaw masak..hehe~