Bukan Mudah Menjadi Lelaki
Hai korang! Hari ini cx nak kongsi sedikit pendapat peribadi. Jika ianya tidak selari, maafkanlah ya. Entry kali ini cx nak cerita tentang seorang lelaki. Pada cx, adalah tidak mudah untuk menjadi seorang lelaki. Tetapi kenapa bukan mudah menjadi seorang lelaki?
Cx saja nak kongsi pendapat memandangkan zaman sekarang ini ramai lelaki yang terlalu mengambil jalan mudah. Tidaklah ramai tetapi ada. Tidak semua tetapi segelintir. Bukan apa, cx tengok macam seronok sangat sahaja mereka ini nak merasai keseronokan tetapi tidak fikir akan amanah dan tanggungjawab yang ada. Contohnya, sibuk nak kahwin tetapi kurang cakna akan tanggungjawab yang bakal ditanggung. Ilmu agama lagi, banyak sangat cabaran menjadi seorang lelaki. Setuju tak?
Cabaran Menjadi Seorang Lelaki |
Cabaran Menjadi Seorang Lelaki
1. Tanggungjawab
- Sebelum Berkahwin
Tahu atau tidak apabila seorang lelaki yang sudah berkahwin, mereka mempunyai empat tanggungjawab terhadap wanita disekelilingnya? Banyak juga contoh yang terjadi di sekeliling cx. Maafkan cx jika ianya tidak manis untuk dibincangkan. Namun jika kita dah kata nak meminang anak dara orang lain, kita perlulah bersiap siaga apa yang patut. Contohnya cincin, barangan hantaran, dan duit. Jika semua benda tidak ada tetapi cakap mulut saja, ingat nak pinang anak ayam ke? Ini keadaan sebelum berkahwin.
- Ketika Dekat Majlis Perkahwinan
Kita kalau nak kahwin, serba serbi kena sedia. Bukan diri kita saja yang bersedia nak beristeri tetapi duit pon kena sedia juga. Contoh di sekitar cx sendiri, ada yang nak kahwin tetapi duit tidak ada langsung. Akhirnya ibu bapa yang terpaka keluarkan duit sampai dua ribu untuk belakan anak nak kahwin. Jika ini pon tidak boleh nak sediakan, macam mana nak mulakan kehidupan berkeluarga? Nak bagi isteri dan anak-anak makan apa? Jangan buat main amanah yang Allah bagi. Bukan sikit ringan amanah itu ya, berat Nauzubillah. Ini dah dikira tak cukup syarat nak kahwin. Menganiaya anak orang
- Selepas Dah Berkahwin
Tanggungjawab selepas berkahwin lagi berat. Makan minum pakai isteri nak kena fikir. Bukan isteri pula yang sediakan semua benda. Bukan kita tak sanggup nak hidup susah bersama tetapi kalau dah duit makan pon tidak diberi, macam mana? Bayangkan contoh ada yang bila dah kahwin, diminta pula keluarga tolong topupkan telefon dia. Ya tidak salah tetapi janganlah dibebankan lagi emak tu. Bukan nak kata kita semua senang selamanya. Cx faham tetapi cx cakap ini merujuk kepada seorang lelaki yang tidak tahu tanggungjawab dia sendiri. Malas tidak bekerja tapi sibuk nak berkahwin bela anak dara orang, kemudian menyusahkan keluarga sendiri nak fikir masalah dia pula.
Cabaran Menjadi Seorang Lelaki |
2. Memimpin, Mendidik Isteri dan Keluarga
3. Berjihad FiSabilillah
4. Mencari Nafkah untuk Keluarga
Jadilah Seorang Lelaki Islam yang Baik
Kita hidup dalam dunia ini penuh liku dan cabaran. Bukan setakat lelaki sahaja yang mempunyai cabaran tetapi wanita juga sedemikian. Cumanya cabaran kita berbeza namun kita tetapi kena hadapinya bersama pasangan. Jadilah seorang lelaki Islam yang baik, agar keturunan kita terpelihara dan dilindungi Allah. Bukan mudah ya nak mendidik anak-anak pada zaman serba canggih sekarang ini. Semoga Allah lindungi kita semua. Semoga kita mampu menjadi hamba yang baik. InshaAllah.
2 Comments
mcari kbahagiaan dr ilahi..so nice=)
segala usaha tuhan yg menentu kan..
sonok dpt share cite kat blog nih..
utk insan gemilang dan terbilang..1M =)