Bismillah
As salam.
sharing number 20
selalunya bila tiba hari-hari yang penting dalam hidup kita.. pasti kita tercari-cari hadiah paling best nak bagi kat orang tersayang kan? =) selalunya antara hadiah yang menjadi pilihan ramai apa yek? bagi contoh nak? huhu.. okay, scroll to the list :
Teddy Bear |
dan mungkin macam-macam lagi kan? =) tapi tahukah anda bahawa hadiah berbentuk material bukanlah segalanya dalam sebuah perhubungan?? DAHTU APA? heee. janganlah marah.. OKay lah, mari saya share apakah hadiah paling berharga buat orang yang tersayang.. hadiah yang paling dihargai dalam hidup .. =)
1. Kehadiran
Kehadiran orang yang dikasihi adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Hadirnya ketika suka dan duka disampingnya pasti akan memberi seribu kemanisan. Jadi, jangan biar mereka bersendirian =)
2. Mendengar
Hadiah ini sukar dicari kerna tidak ramai yang suka mendengar, mereka lebih gemar didengari. Jadi, jika ingin memberi hadiah, berilah pendengaran yang terbaik buat mereka.. kerna ia mampu membuatkan yang tersayang tersenyum gembira.
3. Diam
Dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh digunakan untuk menghukum, mengusir atau membingungkan orang. Tetapi lebih dari segala-galanya, dia boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberi ruang.
4. Kebebasan
Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang disayangi. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu mengekangnya? Memberi kebebasan adalah salah satu bukti cinta.
5. Keindahan
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Tampil indah dan rupawan juga adalah hadiah. Bahkan tidak salah jika anda tampil cantik tiap hari begitu juga memastikan kediaman juga indah.
6. Tanggapan Positif
Kali ini cuba hadiahkan tanggapan positif, nyatakan dengan jelas dan tulus. Cuba ingat berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih terhadap apa yang dilakukannya demi anda. Ingat pula, pernahkah anda memujinya. Ucapan terima kasih, pujian dan permintaan maaf adalah hadiah cinta yang sering dilupakan.
7. Mengalah
Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran, apalagi hingga menjadi perbalahan yang hebat. Semestinya anda pertimbangkan apakah ia perbalahan itu berbaloi dan apabila ini berlaku, mungkin ada baiknya anda mengalah.
8. Senyuman
Senyum itu adalah ibadah.. Senyuman mampu memperbaiki keadaan yang keruh kerna senyuman itu adalah satu hadiah yang mampu menyejukkan hati orang tersayang. Maka, senyum lah =)
Jadi, mari kita sama-sama kenangkan kembali apakah bentuk hadiah yang telah kita berikan sebelum ini. Jadikan pemberian hadiah sebagai pengikat kasih sayang yang memperkukuhkan ukhuwah.
sumber :
Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
"Pecahlah batu dipukul besi, berubah hanya dititis air, mana mungkin jiwa pendakwah dapat merubah sekeping hati melainkan ia bertakhtakan kasih"
kasih sayang kerana Allah mampu merubah segalanya
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"
0 Comments