Gerhana Bulan Penuh
Tahukah anda 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432 H akan berlakunya gerhana bulan penuh? MasyaAllah. Antara waktu berlakunya gerhana bulan adalah pada jam 1:25 pagi ~ 6:59 pagi. Berlakunya gerhana bulan adalah apabila bulan, matahari dan bumi berada dalam keadaan satu jalan atau selari.
Gerhana Bulan Penuh - sumber Google. |
Ketika kita melihat berlakunya kejadian gerhana bulan, disunatkan untuk manusia menunaikan solat sunat gerhana. Hal ini kerana disebut sebagai sunnat Mu'akad iaitu sunat yang dituntut atatu digalakkan dalam melakukannya. Tetapi, bagaimanakah cara dalam melaksanakan solat sunat gerhana bulan? Jom cx kongsikan di bawah okay.
Tiga Cara Melakukan Solat Sunat Gerhana
Cara Pertama
Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua
Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.
- Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).
- Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
- Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
- Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.
- Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.
Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga
Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi
- rakaat dan qiam pertama : dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya.
- rakaat pertama tetapi qiam kedua : dibaca surah ali-Imran.
- rakaat kedua qiam pertama : dibaca surah al-Nisa’,
- rakaat dan qiam kedua : dibaca surah al-Maaidah.
- kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat,
- ruku’ yang kedua bertasbih 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Lafaz niat solat sunat gerhana bulan :
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Solat Berjemaah Atau Bersendirian?
Solat gerhana bulan penuh boleh dilakukan secara bersendirian dan juga berjemaah. Namun sebaiknya kita pilih untuk menunaikannya secara berjemaah. Besar sikit pahala boleh dapat. InshaAllah
2 Comments